Terdapat Sindiket Pelacuran Didalangi Sindiket Di Keningau?

TULAR:
1766

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa wujud kegiatan pelacuran yang ditawarkan oleh satu sindiket di daerah Keningau, Sabah membabitkan gadis yang bekerja di kedai dan pasar raya serta tinggal di kuarters pekerja.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Polis menafikan wujud kegiatan pelacuran ditawarkan oleh satu sindiket di daerah Keningau sehingga tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil untuk melaporkannya.

“Satu kenyataan bertajuk ‘Amaran Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Gadis Berkerja Di Pekan Keningau’ tular melalui aplikasi WhatsApp. Isi kandungan kenyataan adalah berkaitan kegiatan pelacuran di daerah ini yang ditawarkan sindiket dipercayai didalangi seorang individu membabitkan gadis yang bekerja di kedai dan pasar raya serta tinggal di kuarters pekerja. Polis amat memandang serius berhubung perkara ini dan membuat siasatan serta semakan sebelum didapati ia tidak benar serta tidak berasas.”

Setakat ini tiada mangsa dan saksi yang tampil membuat laporan polis berhubung kewujudan sindiket itu.

 

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI