Polis Mengeluarkan Laporan Barang Rampasan Dari Kediaman Bekas Perdana Menteri?

TULAR:
748

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung barangan yang dirampas dari sebuah banglo milik bekas perdana menteri.

Sumber gambar : Mstar

Polis menggesa orang ramai berhenti menyebarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh polis sendiri berhubung barangan yang dirampas dari sebuah banglo milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh menegaskan “Tolong jangan tularkan. Kami akan memberikan PC penuh (sidang akhbar) sebaik bersedia”.

SUMBER : 

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI