Terdapat Dokumen Dilupuskan Di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia?

TULAR:
1237

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat dokumen yang dilupuskan di bangunan kementerian berkenaan.

Sumber gambar: Facebook.jel

Menurut Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, dakwaan bahawa terdapat  dokumen dilupuskan di bangunan KKKM adalah tidak benar.

Sharifah Zarah menegaskan, beliau memandang serius jika terdapat ketidakpatuhan peraturan dilakukan oleh mana-mana pegawai berkaitan perkara berkenaan. Malah, katanya, sebaik kembali daripada menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau terus mengadakan mesyuarat dengan semua pegawai pengurusan tertinggi KKMM.

“Salah satu arahan tegas saya adalah supaya semua warga KKMM dilarang sama sekali memusnahkan atau membawa keluar sebarang dokumen rasmi dari premis kementerian.”

SUMBER :

Sinar Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI