Cukai Barangan Dan Perkhidmatan Ditetapkan Pada Kadar Sifar?

TULAR:
2747
Sumber gambar: dollarandsense.sg.

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan Malaysia memperjelaskan laporan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah ditetapkan pada kadar 0%.

Sumber Gambar : Facebook

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan :

Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%). Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak. Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST.

Sumber:

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI