17,000 Penjawat Awam Berstatus Kontrak Ditamatkan Perkhidmatan?

TULAR:
2309

PENJELASAN :

Perdana Menteri Malaysia memperjelaskan laporan bahawa sebanyak 17,000 penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kira-kira 17,000 orang penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Katanya, pihaknya mendapati terlalu ramai pegawai kontrak dilantik bagi keperluan politik dan pentadbiran pada pemerintahan kerajaan terdahulu, dan tindakan menamatkan perkhidmatan adalah penting bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan sekali gus mengelak pembaziran.

Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, pihaknya akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan.“Ada kes-kes seperti pemandu contohnya, mereka ini bergaji rendah, mungkin kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka.”

SUMBER :

Harian Metro

Utusan 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI