Sultan Brunei Beri AS$1 bilion Kepada Kerajaan Malaysia Untuk Pulihkan Ekonomi Negara?

TULAR:
2377

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah memberi AS$1 bilion kepada Kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara .


SEBENARNYA :

Pejabat Perdana Menteri  menyangkal dakwaan bahawa Sultan Brunei telah memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara ini.

“Ia tidak benar,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan ketua negara asing pertama mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pelantikannya di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana.

SUMBER :

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI