PENJELASAN:
Kementerian Wilayah memperjelaskan laporan berhubung pusat tahfiz di sekitar Kuala Lumpur yang tidak berdaftar akan ditutup.
Menurut Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram.
Katanya ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara.
“Kami tidak mahu pusat tahfiz ini diberi kelonggaran hanya kerana ia institusi keagamaan, ia tetap juga perlu berdaftar dengan DBKL dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Kami juga akan mengetatkan syarat kepada sekolah berasrama khususnya sekolah tahfiz bagi menjaga kualiti daripada aspek keselesaan dan keselamatan.”
Katanya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memeriksa status pusat tahfiz sekiranya berhasrat untuk menghantar anak mereka ke institusi itu.
“Selain itu, DBKL turut akan bekerjasama dengan JAWI memantau kesemua pusat tahfiz yang masih beroperasi di sekitar ibu kota. Sekiranya didapati tidak berdaftar, kami tidak akan teragak-agak untuk menutupnya.”
SUMBER: