Waspada Tuntutan Produk Kesihatan Yang Meragukan

TULAR:
879

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keluaran produk perubatan yang mempunyai tuntutan yang meragukan.

Gambar hiasan. Sumber: blog.cc.net.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan syarikat-syarikat yang tidak beretika dengan meletakkan label produk mereka dengan tuntutan perubatan yang meragukan untuk menghentikannya serta merta.

Sebaliknya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak terbabit sepatutnya menggunakan label umum yang bersesuaian di produk mereka.

“KKM memandang serius perkara ini kerana ia boleh mengelirukan orang awam dan seterusnya memberikan persepsi salah dan mengakibatkan orang ramai mengabaikan asas prinsip pencegahan iaitu kebersihan diri dan persekitaran.

“Produk-produk seperti ini tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokong bahawa ia berkesan dalam mencegah jangkitan. Sebarang produk yang mempunyai bukti tuntutan perubatan untuk merawat dan mencegah penyakit perlu dinilai dan didaftarkan dengan pihak berkuasa KKM.”

Dr Noor Hisham berkata, terdapat produk-produk pada masa ini yang mengambil kesempatan dengan mendakwa produk terbabit boleh mencegah dan merawat penyakit seperti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD), anti-kanser dan sebagainya.

“KKM ingin mengesa orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada sebarang produk yang meragukan.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI