Waspada Iklan Perubatan Dan Produk Farmaseutikal Di Internet

TULAR:
1870

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan dengan mana-mana iklan perubatan dan produk farmaseutikal di Internet.

Sumber gambar: Facebook

Pengguna dinasihati agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan perubatan dan produk di Internet kerana membeli produk farmaseutikal melalui perkhidmatan Internet boleh mengundang bahaya kepada kesihatan pengguna.

Produk yang dijual melalui Internet adalah diragui kerana sebab-sebab berikut:

1. Keselamatan , kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna tidak dapat dipastikan.

2. Khidmat nasihat yang lengkap mengenai penggunaan ubat-ubatan tidak diperolehi.

3. Terdapat risiko pembelian produk palsu yang boleh menyebabkan kematian.

4. Boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak dijangka seperti alahan yang teruk, sesak nafas secara tiba-tiba atau sesuatu keadaan yang memburukkan lagi penyakit yang dihidapi.

5. Tiada kesan penyembuhan kerana mengandungi bahan aktif yang salah atau langsung tidak mengandungi bahan aktif (produk palsu)

Sebab itu, semua produk farmaseutikal di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dipasarkan kepada pengguna. Pendaftaran produk ubat bertujuan memastikan isu kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk ubat itu terjamin.

Untuk makluman semua pihak, produk berdaftar mempunyai dua ciri utama, iaitu nombor pendaftaran (contoh MAL20085264A) dan label hologram Meditag.

Pengguna boleh menyemak status pendaftaran semua produk farmaseutikal di pautan berikut:
http://npra.moh.gov.my/q3plus/index.php/products-search

Carian produk berdaftar boleh dibuat dengan menggunakan :

~ Nama produk
~ Nombor pendaftaran
~ Nama pemegang pendaftaran
~ Nama bahan-bahan aktif
~ Nama pengilang

Sekiranya produk tersebut adalah produk yang berdaftar, status pendaftaran akan dipaparkan. Selepas memeriksa nombor pendaftaran, pengguna dinasihatkan untuk menyemak kesahihan label hologram melalui ahli farmasi di hospital, klinik atau premis farmasi berdekatan.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli produk farmaseutikal melalui perkhidmatan Internet, pos atau kurier kerana pembelian produk farmaseutikal melalui Internet adalah tidak selamat sama sekali.Ubat

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI