PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Putrajaya telah mengggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ekoran kekurangan wang dalam kerajaan.
SEBENARNYA :
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Saya tidak pernah cakap kerajaan menghapuskan biasiswa JPA, bila masa pernah saya cakap, apa yang disebarkan itu adalah tidak benar,” katanya.
SUMBER :