PENJELASAN :
Kementerian Luar memperjelaskan laporan bahawa rakyat Malaysia adalah dilarang untuk pergi ke Korea Utara, sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Kementerian Luar, rakyat Malaysia dilarang pergi ke Korea Utara hingga diberitahu kelak. Larangan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang semakin meningkat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.