PENJELASAN :
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar memperjelaskan dakwaan bahawa pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) akan menyebabkan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda sepertimana yang dilaporkan media.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar menafikan dakwaan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) akan menyebabkan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2013.
Kajian telah dibuat mengenai penstrukturan bekalan air bersih itu melalui dua institusi iaitu RHB Investment Bank Bhd. dan firma audit terbesar dunia, Deloitte.
“Pembelian itu bawah harga pasaran, kalau harga pasaran hampir RM3.4 bilion tetapi Splash sanggup untuk bayar RM2.55 bilion, jadi terdapat potongan harga yang besar.”
SUMBER :
Utusan Malaysia