Tiada Perancangan Oleh Kerajaan Bagi Meningkatkan Perkhidmatan Pakar Perubatan Di Kawasan Luar Bandar?

TULAR:
492
Gambar hiasan . Sumber : KKM

PENJELASAN :

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye memperjelaskan dakwaan bahawa tiada perancangan oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan doktor pakar di kawasan luar bandar sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye Kementerian Kesihatan akan menaik taraf 11 buah hospital tanpa pakar di seluruh negara menjadi hospital pakar minor bagi meningkatkan perkhidmatan perubatan pakar di kawasan luar bandar.

Hospital yang terlibat ialah Hospital Gerik, Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping di Perak; Hospital Tampin di Negeri Sembilan, Hospital Kota Tinggi di Johor, Hospital Besut dan Hospital Dungun di Terengganu; Hospital Gua Musang di Kelantan; Hospital Beaufort dan Hospital Kota Marudu di Sabah serta Hospital Mukah di Sarawak.

“Untuk hospital tanpa pakar yang lain, ia dijadikan hospital kluster yang mana perkhidmatan pakar diperoleh dari hospital berdekatan.”

SUMBER : 

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI