Tiada Tindakan Oleh Pihak Polis Terhadap Kes Remaja Berumur 16 Tahun Yang Diculik Di Kelantan?

TULAR:
599
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN :

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan memperjelaskan dakwaan bahawa  pihak polis tidak ambil tindakan terhadap kes remaja perempuan berumur 16 tahun yang dikatakan diculik oleh kekasih di Kelantan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Polis Kelantan menafikan dakwaan keluarga seorang gadis 16 tahun bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan secara serius berhubung kehilangan remaja itu yang dilarikan teman lelakinya berusia 19 tahun sejak April 2018.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, selepas bapa mangsa yang berusia 38 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kepada kes culik mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan.

“Namun, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian ini tidak berkait dengan penculikan kerana sehingga kini keluarga mangsa tidak menerima sebarang ugutan seperti meminta wang tebusan atau ancaman mencederakan mangsa. Bagaimanapun, pihak polis tetap meneruskan siasatan untuk mengesan di mana lokasi sebenar suspek dan mangsa yang dipercayai berada di sempadan hingga kini.”

SUMBER : 

Kosmo

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI