Rakyat Selangor Perlu Bayar Harga 10 Kali Ganda Berikutan Pengambilalihan SPLASH?

TULAR:
403

PENJELASAN :

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar  memperjelaskan dakwaan bahawa pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) akan menyebabkan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar menafikan dakwaan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) akan menyebabkan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2013.

Kajian telah dibuat mengenai penstrukturan bekalan air bersih itu melalui dua institusi iaitu RHB Investment Bank Bhd. dan firma audit terbesar dunia, Deloitte.

“Pembelian itu bawah harga pasaran, kalau harga pasaran hampir RM3.4 bilion tetapi Splash sanggup untuk bayar RM2.55 bilion, jadi terdapat potongan harga yang besar.”

SUMBER : 
Utusan Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI