PALSU:
Tular di media sosial sebuah klip video yang mendakwa kononnya ratusan ekor ikan mati akibat pencemaran di Pasir Gudang, Johor.
SEBENARNYA:
Menurut Pejabat Perikanan Negeri Johor:
Sebuah video viral yang konon menunjukkan ratusan ekor ikan mati akibat pencemaran di Pasir Gudang, adalah palsu.
Pejabat Perikanan Negeri Johor mengatakan bahawa tiada insiden seperti digambarkan dalam video berkenaan berlaku di mana-mana kawasan Pasir Gudang.
“Video itu palsu, dan tidak berlaku di Sungai Kim-Kim atau di (perkampungan) Kong Kong.”
SUMBER:
Facebook Rasmi Pejabat Perikanan Negeri Johor