Seorang Pelajar Tingkatan Dua Meninggal Dunia Akibat Bahan Kimia Di Pasir Gudang, Johor?

TULAR:
9366

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia akibat bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Tiada kematian akibat dari kejadian pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor setakat ini.

Hal itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, susulan tular mesej di aplikasi WhatsApp dan media sosial berhubung maklumat palsu kematian pelajar Tingkatan Dua akibat bahan kimia.

“Jumlah mangsa yang dimasukkan ke wad buat masa ini ialah 166, dengan sembilan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

“Tetapi tiada kematian, siapa pun yang buat cerita di media sosial tentang kematian, itu tidak benar.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI