JPA Dalam Proses Mengurangkan Saiz Perkhidmatan Pada Tahun 2019?

TULAR:
1989

PENJELASAN:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya dalam proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019.

Versi 1:

Sumber gambar: Facebook

Versi 2:

Sumbe gambar: Facebook

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihaknya menegaskan bahawa kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh tiga tahun mulai tahun ini hingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhentian kakitangan kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dollah berkata, ia hanya melibatkan jawatan yang tidak diisi (perjawatan) melebihi tempoh dua tahun.

Menurut beliau, “Pelaksanaan kaedah kawalan saiz perkhidmatan awam adalah melalui penswastaan, penyusunan semula perjawatan, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

Pelaksanaan tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bagi sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan,”

SUMBER:

Utusan

Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI