Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Mengeluarkan Pengisytiharan ‘Red Alert’?

TULAR:
1316

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Hospital Sultan Ismail Johor Bahru telah mengeluarkan pengisyhtiharan ‘Red Alert‘.

Versi 1:

Sumber gambar: Facebook

Versi 2:

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin menafikan penularan kenyataan mengenai Pengisytiharan Red Alert oleh pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang telah ditularkan pada 12 Mac 2019 (Selasa). JKNJ juga ingin menegaskan bahawa sehingga kini, tiada sebarang kematian rentetan dari kejadian pembuangan sisa toksik di darah Johor Bahru.

JKNJ ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan. Pihak JKNJ juga menyeru agar masyarakat lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih hanya dari pihak berwajib.

SUMBER:

Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI