Waspada Tawaran Lesen Memandu “Terbang”

TULAR:
1665
Gambar hiasan : Sumber : JPJ

WASPADA:

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu terbang.

Sumber gambar: Facebook

JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang lesen memandu yang tidak mengikut prosedur latihan dan pengujian yang telah ditetapkan oleh kerajaan, adalah tidak sah. Pihak JPJ juga telah membuat laporan polis terhadap akaun Facebook yang menawarkan lesen memandu ekspres / terbang bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini.

Aduan mengenai sebarang tawaran seperti ini boleh disalurkan kepada http://jpj.spab.gov.my

SUMBER:

Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI