Ribut Tropika Kai-Tak Dan Taufan Akan Melanda Negara?

TULAR:
2388

PENJELASAN:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) memperjelaskan dakwaan bahawa Ribut Tropika Kai-tak akan melanda Pantai Timur Semenanjung dan taufan akan melanda Negeri Sabah   pada 22 hingga 24 Disember 2017 sepertimana yang tular di media sosial.

 

Sumber gambar: Facebook

MMD menjelaskan kemungkinan ini masih dipantau rapi oleh pihak MMD memandangkan ramalan pergerakan dan intensiti suatu siklon tropika sentiasa berubah-ubah berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa terutamanya bagi ramalan yang melebihi tiga hari.

Pihak MMD juga menjelaskan bahawa sistem bertekanan rendah yang kini berada di Lautan Pasifik Barat dan dikatakan akan melanda Sabah pada 22 hingga 24 Disember 2017 sebenarnya belum lagi mencapai status Taufan. Oleh itu, arah pergerakannya masih belum dapat dipastikan.

SUMBER:

Facebook MMD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI