Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) Bukan Pelaburan Tetapi Pinjaman?

TULAR:
555

PENJELASAN :

Tular di media sosial dakwaan kononya projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah bukannya pelaburan, tetapi sebaliknya pinjaman kerana kerajaan perlu membayar semula pembiayaannya.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyangkal dakwaan kononnya projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bukan pelaburan, sebaliknya pinjaman.

Datuk Seri Abdul Rahman berkata, kerajaan sudah berulang kali menjelaskan ECRL yang bakal menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung, distrukturkan sebagai pelaburan domestik dibiayai pinjaman mudah dari China menerusi Export-Import Bank of China (EXIM).

Katanya, kerajaan tidak menggunakan kaedah pelaburan langsung asing kerana menerusi pinjaman mudah, ECRL akan dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan yang akan membayar semula pinjaman mudah itu apabila rangkaian ini mula beroperasi.

SUMBER :

Berita Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI