Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Dimansuhkan Perdana Menteri?

TULAR:
986

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak.

Sumber gambar: Twitter.

SEBENARNYA :

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dakwaan mengatakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bakal dimansuhkan tahun depan adalah tidak benar.

“Adalah dimaklumkan, dakwaan peperiksaan PT3 dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali. Kenyataan yang memetik sumber Twitter Perdana Menteri, dipercayai dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa peperiksaan PT3 tetap akan dilaksanakan.”

SUMBER :

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI