Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Simpanan Untuk Menampung Kos Ibadah Haji?

TULAR:
897

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Kewangan memperjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan inisiatif pengeluaran wang simpanan untuk menunaikan fardu haji yang diperkenal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada ahlinya.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz , inisiatif pengeluaran wang simpanan untuk menunaikan fardu haji yang diperkenal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada ahlinya bertujuan menampung perbelanjaan asas haji sahaja dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan haji.

Beliau berkata, pengeluaran boleh dibuat melalui simpanan daripada Akaun 2 dan langkah kawalan diambil untuk memastikan ia tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli KWSP.

SUMBER:

Bernama 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI