Sindiket Macau Scam Menggunakan Nama Pos Malaysia Untuk Menipu Mangsa?

TULAR:
1059

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket ‘Macau Scam’ yang menggunakan nama Pos Malaysia untuk menipu mangsa.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Supt Mohamed Zulmazi Che Daud, sindiket berkenaan akan menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia dan menghubungi nombor telefon sebelum menyuruh mangsa mengambil barangan di pejabat syarikat berkenaan.

“Dalam perbualan telefon itu juga, sindiket berkenaan akan meminta salinan kad pengenalan dan menyuruh mangsa membuat bayaran ke akaun tertentu. Mangsa hanya menyedari diri mereka tertipu apabila tiba di pejabat pos yang diarahkan dan gagal menuntut barangan kerana barangan tersebut memang tiada dalam simpanan pejabat pos itu.”

 

SUMBER:

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI