PERKESO Tidak Lagi Mengedarkan Borang 8A Fizikal Kepada Majikan Bermula 1 Januari 2018?

TULAR:
2418

PENJELASAN:

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperjelaskan persoalan bahawa PERKESO tidak lagi mengeluar dan mengedarkan Borang Bayaran Caruman Bulanan, atau Borang 8A berbentuk fizikal kepada majikan bermula 1 Januari 2018.

Sumber gambar: Facebook

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pembayaran caruman bulanan hanya boleh dibuat melalui portal ‘Automated Socso Integrated System’ (ASSIST) sahaja bermula dengan caruman bulan Januari 2018.

Menurut beliau, “Majikan perlu berdaftar sebagai pengguna ASSIST terlebih dahulu dengan mendapatkan borang pendaftaran di pejabat Perkeso, atau memuat turun borang tersebut dari laman sesawang Perkeso di www.perkeso.gov.my/portal.”

SUMBER:

Bernama

Berita RTM

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI