ATM Bersedia Menghantar Tentera Ke Baitulmuqaddis Untuk Berperang?

TULAR:
967

PENJELASAN:

Kementerian Pertahanan memperjelaskan dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk menghantar tentera ke Baitulmuqaddis untuk berperang, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Kementerian Pertahanan, kesediaan ATM menghantar ketenteraan ke Baitulmuqaddis bukanlah untuk berperang sebaliknya untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara itu terjamin.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia memainkan peranan itu bagi memastikan kestabilan Tebing Barat itu terjamin selain menjaga imej Islam tidak dicemari.

SUMBER:

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI