Kementerian Pendidikan Halang Para Guru Beri Sokongan Kepada Cikgu Azizan?

TULAR:
618

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononya Kementerian Pendidikan menghalang guru-guru daripada memberi sokongan kepada Cikgu Azizan, seorang guru yang berdepan tindakan mahkamah.

Sumber gambar: Facebook.


SEBENARNYA:

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, tindakan berhimpun untuk memberi sokongan kepada rakan guru adalah hak individu dan tindakan berhimpun untuk memberi sokongan kepada rakan guru adalah terpulang kepada hak masing-masing.

“Saya tiada halangan sekiranya warga guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.Setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menyatakan sokongan terhadap rakan mereka sendiri dan isu kehadiran di mahkamah ini adalah hak peribadi masing-masing.Kalau jadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan, begitu juga warga guru ini.”

 

SUMBER :

Facebook Menteri Pendidikan

Facebook Kementerian Pendidikan (1)

Facebook Kementerian Pendidikan (2)

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI