PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa roti produk Massimo keluaran Syarikat The Italian Baker mengandungi DNA babi.
SEBENARNYA:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kenyataan di media sosial menafikan perkara tersebut.
Produk Massimo keluaran Syarikat The Italian Baker Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tarikh luput SPHM tersebut masih sah.