Tin Minuman Beralkohol Berselindung Dengan Air Berkarbonat Pepsi?

TULAR:
1125

PALSU :

Tular gambar di media sosial dakwaan kononnya tin minuman beralkohol jenama Heineken berselindung dengan  air berkarbonat Pepsi.

Gambar hiasan. Sumber: Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan bahawa tin minuman beralkohol berselindung dengan air berkarbonat Pepsi.

JAKIM menjelaskan bahawa perkara berkenaan tidak berlaku di Malaysia. Sebaliknya ianya adalah rampasan pihak berkuasa Arab Saudi atas cubaan penyeludupan minuman beralkohol ke dalam negara itu.

JAKIM juga menyatakan ianya tidak ada kaitan dengan Malaysia dan Pepsi adalah pemegang sah sijil halal JAKIM.

SUMBER :

Bahagian hab Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI