Gula-gula Marshmellow Haram?

TULAR:
6589

PENJELASAN :

Bahagian Hab Halal Jakim memperjelaskan dakwaan bahawa produk makanan marshmellow adalah haram sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : ThisPartyStarted

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal.

Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya. Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad.

Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

SUMBER :

Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI