Pati Kiub Knorr Pork Dijual Di Malaysia?

TULAR:
45748

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat pati kiub pork jenama Knorr di pasaran Malaysia.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM produk tersebut memang wujud dan terdapat di pasaran namun BUKAN DIKILANGKAN DI MALAYSIA serta tiada pengesahan halal dari mana-mana badan Islam di beri untuk produk ini.

Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI