Makanan Dalam Tin Dari Thailand Sebar Virus HIV?

TULAR:
2115

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa makanan atau buah-buahan dalam tin seperti rambutan, laici, mangga, longan dan lain-lain yang dieksport keluar dari negara Thailand boleh menyebarkan wabak HIV kepada para pengguna.

Gambar hiasan. Sumber: KKM

SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan dakwaan palsu yang tersebar di media sosial berkenaan dengan virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang tersebar menerusi produk makanan buah-buahan dalam tin daripada Thailand.

KKM telah menegaskan bahawa produk makanan import yang dibawa masuk ke dalam negara ini sentiasa dikawal ketat oleh pihak kementerian. Di samping itu, virus HIV juga dinyatakan tidak boleh disebar setelah melalui metod pemprosesan makanan dalam tin yang dilakukan pada  suhu tinggi.

SUMBER :

Ketua Pengarah KKM

Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI