PENJELASAN:
Jabatan Penyiaran Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program berunsur penyebaran agama selain Islam di siaran TV2.
Menurut Jabatan Penyiaran Malaysia, program yang didakwa itu sebenarnya adalah program berbentuk majalah motivasi yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 6 pagi.
Setiap episod program itu memaparkan kejayaan dan kemajuan setiap individu yang berlainan latar bangsa dan agama bertujuan memberi motivasi kepada penonton untuk mencapai impian. Personaliti berkongsi pengalaman dan tip untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Program ini tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia. Ia mematuhi Peraturan Tetap Operasi (SOP) RTM dan diluluskan untuk siaran dengan klasifikasi (U).
Dimana kategori tersebut adalah untuk tontonan semua lapisan masyarakat, tanpa had umur, filem ini memaparkan nilai-nilai murni, sopan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.