PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat rumah anak yatim yang akan ditutup dan terdapat 15 orang bayi dan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan. Turut ditularkan bersama adalah gambar tiga orang kanak-kanak.
SEBENARNYA:
Seorang bapa mengecam tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan gambar anaknya untuk sebaran maklumat palsu mengenai isu anak yatim hilang tempat tinggal dan memerlukan penjagaan di media sosial.
Dalam kenyataan melalui akaun Facebook Hizami Ejump itu turut memaklumkan laporan polis sudah dibuat dan aduan sama turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
“Hasil pemeriksaan tiada rumah jagaan anak yatim yang masih bayi dalam pesanan WhatsApp itu dan kalau betul ada, JKM sudi membantu sebab kita tak mahu perkara ini satu penipuan.”