Berlaku Kecurian 30 Pakaian Seragam Polis Dari Kedai Dobi Di Subang Jaya?

TULAR:
1021
Sumber gambar : PDRM

PALSU: 

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula dakwaan kononnya berlakunya kes kecurian 30 pakaian seragam anggota polis di sebuah dobi di Subang Jaya.

Versi Terkini. Tular: September 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Disember 2016

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA:

Isu tular kononnya berlaku kes kehilangan uniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada sebuah kedai dobi di dalam daerah Subang Jaya, Selangor adalah cerita tular LAMA yang digunakan semula oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Haji Mohammad Azlin Haji Sadari pada 28 Disember 2016 lalu telah pun menafikan berlakunya kes seumpama ini dan ia disahkan sebagai mesej PALSU dan TIDAK BENAR. Tiada kes seumpama ini dilaporkan berlaku dalam daerah Subang Jaya, Selangor.

ACP Azlin juga telah menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial.

SUMBER: 

Facebook Rasmi PDRM

Facebook Rasmi Polis Daerah Subang Jaya

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI