PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak Amanah Raya Berhad (ARB) mengadakan lelongan rumah di Bertam Jaya dekat Kepala Batas.
SEBENARNYA :
Pihak Amanah Raya Berhad (ARB) menafikan laporan dan dakwaan tersebut.
Menurut pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, laporan polis juga telah dibuat oleh pihak ARB tentang dakwaan palsu tersebut.
Menurut iklan yang tersebar itu, sebanyak 267 unit rumah berpagar dan mempunyai pengawal, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 116 meter persegi dilelong pada harga RM120,000 hingga RM180,000 seunit.