Majlis Agama Islam Selangor Lulus Program Sentuh Anjing?

TULAR:
617

PENJELASAN :

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak mereka telah meluluskan program “I want to touch  dog” apabila penganjur mengepilkan surat kelulusan anjuran program berkenaan yang ditandatangan oleh pengerusinya sendiri Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Blog Anak Sungai Derhaka.

Menurut pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam surat bertarikh 3 Oktober itu, penganjur memaklumkan objektif program berkenaan adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam mengenai keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Ujarnya lagi, penganjur juga menyatakan program itu juga untuk memberi pendedahan mengenai keadaan bagaimana yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing, kaedah untuk menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan haiwan itu dan kaedah sertu serta penggunaan sabun yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan penyucian.

Beliau berkata, Mufti Selangor, dalam surat bertarikh 9 Oktober lalu, pula menerangkan walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada kepada manusia, Allah mengharamkan umat Islam untuk menyentuh haiwan itu dengan keadaan orang itu basah dan anjing itu kering, dan sebaliknya.

SUMBER : 

Facebook

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI