PENJELASAN :
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat ‘orang dalam’ segelintir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersikap pilih bulu melantik kontraktor yang tiada kepakaran dan pengetahuan menjalankan kerja-kerja turapan jalan.
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menafikan dakwaan wujud salah laku dalam kalangan kakitangannya berhubung kerja-kerja baik pulih jalan raya.
Yang Dipertuanya Mohd. Sayuthi Bakar berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sentiasa memberi kerjasama dan komited memastikan mutu jalan raya di bawah seliaannya sentiasa dalam keadaan baik.
Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain pula menegaskan, mana-mana kontraktor lantikan pihaknya gagal menjalankan kerja-kerja baik pulih jalan raya mengikut piawaian ditetapkan akan disenarai hitam. Tambahnya, PBT itu turut menubuhkan skuad khas iaitu ‘Road Gang’ MPAJ untuk menjalankan kerja-kerja turapan segera jalan berlubang di kawasan pentadbirannya.
SUMBER: