Stesen Minyak Kenakan Harga Minyak RM4.09 Seliter?

TULAR:
810

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Pulau Pinang memperjelaskan laporan bahawa terdapat beberapa aduan tentang perubahan harga minyak tidak sama dengan harga yang diumumkan oleh Kerajaan telah berlaku di beberapa stesen SHELL di Pulau Pinang sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

KPDNKK Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan ke atas 48 buah stesen minyak di Pulau Pinang pada 17/05/2017 dan 18/05/2017. Semua stesen minyak beroperasi dan menjual petrol dan diesel pada harga yang telah ditetapkan selepas jam 12.00 malam kecuali beberapa Stesen Shell menghadapi isu perubahan Harga yang tidak selaras disebabkan masalah teknikal. Masalah ini telah dapat diselesaikan dalam jangkamasa 2 jam.

Pihak Shell juga meminta mana-mana pengguna yang telah membeli minyak pada harga tersebut untuk datang semula ke stesen terbabit untuk mendapatkan semula baki wang yang terlebih bayar. Sila datang bersama resit pembelian.

SUMBER :

Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI