Salah Laku MPKj Dalam Melantik Kontraktor Baik Pulih Jalan Raya?

TULAR:
821

PENJELASAN :

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat ‘orang dalam’ segelintir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersikap pilih bulu melantik kontraktor yang tiada kepakaran dan pengetahuan menjalankan kerja-kerja turapan jalan.

Sumber gambar : Utusan Malaysia

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menafikan dakwaan wujud salah laku dalam kalangan kakitangannya berhubung kerja-kerja baik pulih jalan raya.

Yang Diper­tuanya Mohd. Sayuthi Bakar berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sentiasa memberi kerjasama dan komited memastikan mu­tu jalan raya di bawah seliaannya sentiasa dalam kea­daan baik.

Sementara itu, Yang Diper­tua (YDP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain pula menegaskan, mana-mana kon­traktor lantikan pihaknya gagal menjalankan kerja-kerja baik pulih jalan raya mengikut piawaian ditetapkan akan disenarai hitam. Tambahnya, PBT itu turut menubuhkan skuad khas iaitu ‘Road Gang’ MPAJ untuk menjalankan kerja-kerja turapan segera jalan berlubang di kawasan pentadbirannya.

SUMBER:

Utusan Malaysia 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI