SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
JKM ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di aplikasi
“Telegram” dan media sosial berhubung dengan “Bantuan Warga
Emas JKM 500″ adalah palsu!
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menekan pautan atau link tersebut dan jangan mendedahkan maklumat peribadi anda.
Dapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM, hanya di laman portal rasmi JKM sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri dan Daerah.
SUMBER: