Laluan Persekutuan Kuantan – Segamat KM72 Masih Ditutup

TULAR:
239

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang:

JKR Negeri Pahang menafikan maklumat yang tersebar luas melalui aplikasi “Whatsapp” dan video bahawa Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan – Segamat, KM72 telah boleh dilalui atau dibuka serta ditutup mengikut jadual kerja pihak Jabatan Kerja Raya.

Untuk makluman orang ramai, laluan tersebut masih DITUTUP seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini dan kerja-kerja pemasangan “bailey bridge” di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan. Laluan tanah di sebelah “bailey bridge” hanya dibina sementara (di atas pembentung yang telah runtuh) untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri TIDAK SELAMAT dilalui oleh pengguna jalan raya.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKR Negeri Pahang

Facebook Rasmi Kementerian Kerja Raya Malaysia

Facebook Rasmi Majlis Keselamatan Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI