Sebaran Infografik Dan Pautan Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Yang Dikreditkan Secara Bulanan Adalah Tidak Benar

TULAR:
573

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

JKM ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di aplikasi
“Telegram” dan media sosial berhubung dengan “Bantuan Warga
Emas JKM 500″ adalah palsu!

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menekan pautan atau link tersebut dan jangan mendedahkan maklumat peribadi anda.

Dapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM, hanya di laman portal rasmi JKM sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri dan Daerah.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKM

X Rasmi JKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI