Sebuah Pelantar Minyak Runtuh Di Perairan Terengganu?

TULAR:
10387
Sumber gambar: Shutterstock

PALSU:

Tular di media sosial satu klip video yang memaparkan sebuah pelantar minyak runtuh yang didakwa kononnya berlaku di perairan Terengganu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi PDRM Terengganu:

Semenjak  17 Oktober 2018, terkesan satu video yang tular di media sosial bertajuk ‘Offshore runtuh baru buat’ dipercayai berlaku di luar pantai Terengganu. Video berdurasi lebih kurang 37 saat ini memaparkan saat cemas sebuah pelantar minyak runtuh semasa pekerja-pekerja masih berada di atasnya, dan ia telah menimbulkan tanda tanya sama ada kejadian ini benar berlaku atau sebaliknya.

Polis Kontinjen Terengganu telah membuat semakan terhadap dakwaan ini dan mendapati video yang sama pernah tular beberapa kali melalui aplikasi YouTube sejak tiga tahun lalu.

Semakan pihak polis juga mendapati video tersebut tidak berlaku di Terengganu ataupun di Malaysia, sebaliknya berlaku di Teluk Parsi pada awal tahun 2013, di mana sebuah Syarikat Minyak Iran telah dilaporkan runtuh dan mengalami kerugian berjumlah lebih kurang USD40 juta. Dalam kejadian tersebut, semua mangsa terlibat juga dilaporkan selamat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI