Seekor Buaya Berkeliaran Di Sekitar Kediaman Akibat Kenaikan Paras Air Sungai Golok?

TULAR:
1572

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat seekor buaya yang berkeliaran di sekitar kediaman akibat kenaikan paras air Sungai Golok.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang menafikan buaya berkeliaran di sekitar kediaman akibat kenaikan paras air Sungai Golok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Adni Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, kesahihannya berita itu juga tidak dapat dipastikan kerana tiada sumber atau saksi tampil bagi mengesahkan kehadiran amfibia berkenaan.

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI