PALSU:
Tular di media sosial satu klip video seorang lelaki yang memandikan seekor harimau di negeri Terengganu.
SEBENARNYA:
JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu mengesahkan video lelaki memandikan harimau yang tular di laman sosial sejak kelmarin adalah video lama dan tidak berlaku di negeri tersebut.
Pengarahnya Rahmah Ilias berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati ia adalah video lama.
“Berdasarkan cara percakapan di dalam video itu, lelaki terbabit bercakap dalam dialek Terengganu namun, siasatan mendapati ia bukan sahaja tidak berlaku di negeri ini malah, ia video lama yang ditularkan semula.”
Menurut Rahmah, mereka yang ingin membela harimau perlu mempunyai permit khas dengan mendapat kelulusan daripada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
“Permit ini dikeluarkan untuk zoo dan bukan orang perseorangan dan jika ada yang membelanya tanpa permit khas, ia boleh disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).”
SUMBER: