Cubaan Penculikan Seorang Murid Perempuan Di Balok, Kuantan?

TULAR:
827

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat cubaan penculikan seorang murid perempuan di hadapan sebuah sekolah di Balok, Kuantan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Penularan berita palsu mengatakan seorang murid perempuan cuba diculik di hadapan sebuah sekolah di Kuantan adalah tidak benar.

Polis sudah mengambil keterangan daripada murid perempuan berusia 10 tahun itu yang mendakwa cuba diculik selepas ditarik seorang lelaki di hadapan sekolah berkenaan.

Selain kanak-kanak itu, polis turut merakam keterangan daripada bapa mangsa berusia 36 tahun dan dua rakannya bagi membantu siasatan serta mereka dibawa ke lokasi untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Setakat ini, pihak polis mendapati kejadian tiada unsur culik dan dipercayai ditularkan ibu mangsa melalui aplikasi ‘Whatsapp’ sebelum laporan polis dibuat.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak tularkan berita palsu hingga wujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat. Tindakan menyebar berita palsu boleh dikenakan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI