Waspada Penyamaran Seorang Wanita Berwarganegara Amerika Syarikat Sebagai Pegawai Kementerian

TULAR:
705

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan dengan penyamaran seorang wanita warganegara Amerika Syarikat yang menggunakan nama Kementerian untuk memperdaya orang ramai bagi tujuan penipuan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS):

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat seorang wanita warganegara Amerika Syarikat yang menggunakan nama Kementerian untuk memperdaya orang ramai bagi tujuan penipuan.

Modus operandi yang digunakan ialah penyamaran sebagai pegawai di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (nama kementerian sebelum 2 Julai 2018), di mana individu berkenaan mengemukakan pasport dan pas lawatan kerja sementara untuk mengaburi kegiatan penipuan yang dijalankan.

Berdasarkan pemantauan, kegiatan penipuan ini giat dilakukan secara rawak dalam talian (online) yang mana suspek memberitahu berminat untuk menyewa rumah yang telah diiklankan di internet.

Dengan ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ingin menegaskan kepada orang awam bahawa individu terbabit bukan pegawai yang dilantik berkhidmat di man-mana jabatan di bawah kementerian ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI