PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya operasi sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak berkuasa di beberapa kawasan yang membabitkan sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
SEBENARNYA:
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh JPJ, serta ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
SUMBER: